March 11, 2009

Langkawi Trip2 - Hari Pertama




Akhirnya malam pun tiba, lepas berehat mandi manda... kami semua bersiap-siap nak ke airport.... nak menjemput nenek dan ibu tercinta.... dan nak gi makan malam gak.....
Malam pertama dinner kat Pulau Langkawi, kami memilih Restoran Nelayan.... sbb nak makan seafood.... Sedap juga makan kat sini.... dan murah sangat.... Puaslah juga.... makan ketam... fresh fish.....


Langkawi Trip2 - Hari Pertama

Horee!!! akhirnya tempat yang ingin dituju sudah kami jejaki..... apa lagi, lepas dapat kereta sewa, terus gi hotel untuk check in.... tapi disebabkan check in time at 2pm tak dapatlah nak naik bilik dulu... so apalagi sementara nak tunggu check in kami sekeluarga gi soru dululah (fast n lunch)....

Lepas pusing2 hotel call cakap kami boleh check in awal sbb bilik dah ready.... apalagi kami teruslah ke hotel untuk check in.... lepas check in kitaorg apalagi melepaskanlah segala penat lelah kami...

Langkawi Trip1- Hari Pertama

Hui.... lama sungguh aku tak mengupdatekan blog aku ni.... boleh lah lupa user id n password aku....

Tapi alhamdulillah dengan kuasa ingatan yang baik.... berjaya juga aku membuka blog ini.....

As per above title.... inginlah aku berkongsi tentang lawatan keluarga ku ke Langkawi sebuah pulau yang kaya ngan burung helangnya dan lagenda Mahsurinya pada bulan Dec 2008 lepas (amboi dah 3 bulan baru nak kongsi....)

Pada 24 Dec 2008 bertemankan keluarga tersayang termasuk lah bibi dan abang ku...., tepat jam 1200 tghmalam kami menaiki kereta wira mak aku (yang dah pecah sebelah mata) berangkatlah kemi ke kuala perlis.... perjalanan yang memakan masa 7 jam 1/2 (boleh tahan juga kejang seluruh badan, bayangkan yang naik kereta wira itu
5 dewasa 2 kanak2)......Setelah menempuh perjalanan yang amat panjang akhirnya tepat jam 7.30 pagi kami sampai juga ke jeti Kuala Perlis untuk menuju ke Pulau Lagenda itu....
Muka-muka anak2ku yang keletihan ..... tapi
maintain




Muka2 mereka yang poyo tapi excited sbb nak naik feri menuju ke Pulau LANGKAWI......

December 10, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha & Aura Serumpun



Hai semua.....

Lamonya aku tak menupdatekan blog aku nie.....

Bolehlah pulak aku terlupa password blog aku ni.... habis camno... tulah minum air yang banyok somut.... itu yang dah jadi pelupo tu.....

Rasonya kito masih dimood Hari Raya Korban lagi kot...jadi bolum terlambat lagi lah kot nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha..... yolah kan banyak gak masjid yang menumbang berbolas2 ekor lembu untuk disedekahkah kat fakir miskin... eloklah tu... sharing is caring......

Oh ya untuk pengetahuan semua aku sudah maju setapak lagi dalam bidang perniagaan aku ni.... aku dah buka Spa di Kepong..... Spa aku mula beroperasi pada 4 Dec 2008, dengan pekerja 5 org shj.... iaitu Ija selaku slepping partner of the spa, Aju owner of the spa (yolah den yang keluarkan modal banyak oh.... banyak gaklah rambut makcik gugur ke bumi).... Amir selaku Financial Controller (memang patut pun, banyak benda yang makcik tak dapat nak boli.... di controlnya semou.... tapi bagus gak taklah membazir), Mama bhgn Facial dan Kak Fadila selaku tukang urut..... pekerja part time aku sapa lagi kalau tak Asyraf, Afiq N Nisa..... tukang mengedarkan risalah spa...... dan yang penting sekali tukang penyibuk......

Nama spa aku tu Aura Serumpun..... Aku attached kan brochure spa aku kat sini..... Kalau rasa nak memanjakan diri tu.... jemput2lah singgah ke Aura Serumpun... garenti puas hatinya......
So itu jelah buat ketika dan saat ini nanti bila aku ada masa aku update lagi ok......




October 14, 2008

Happy Birthday Nisa - 9 years old


Dah besar dah anak dara aku....

Buat julung2 kalinya Cik Puan Nur Khairun Nisa menyambut hari ulangtahunnya dengan begitu meriah sekali.... pada 11 Oct 2008 (tarikh lahir Nisa, 9 Oct 1999) yalah walaupun tarikh yang sebenarnya dah terlepas tapi untuk tidak menghampa kan hati anak dara aku yang seorg ni aku buatkan jugalah...... selalunya pergi makan2 je, jemputan pun taklah ramai mana cuma pak cik n mak cik n family suami aku je.... yalah budgetnya ciput...... insyallah kalau di murahkan rezeki tahun depan aku buat untuk Afiq n Asyraf pulak.....

HAPPY BIRTHDAY SAYANG.... SEMOGA SEGALA IMPIAN MU AKAN MENJADI KENYATAAN.......FROM AYAH, MAMA, ASYRAF N AFIQ.....






Hari Raya Day

Selamat Hari Raya
Cepat betul masa berlalu.... hari ni kita dah sambut hari yang ke 14 Syawal......
Begitu jugalah ngan aku yang dah lama tak update kan blog aku ni....
So dah terlanjur aku buka blog aku ni, aku updatekan serba sedikit peristiwa2 yang berlaku...
Inilah gambar yang sempat diambil oleh suami dan ayah kepada anak2 ku yang tercinta dipagi 1 hari raya... tahun ni tak banyak gambar yang diambil.... tak tahu kenapa... nak kata tak mood raya... biasa je....
muka poyo hero n heroin Mr. & Mrs Amir Azhar